Text size :
ADVANCEDSEARCH
Perlaksanaan denda kompaun di bawah Perintah Pekerjaan, 2009 mula dikuatkuasakan pada Hari Khamis, 15hb Oktober 2020.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Jenis-Jenis Kesalahan dan Kadar Denda Kompaun bagi setiap kesalahan, sila tekan Jenis-Jenis Kesalahan dan Kadar Denda Kompaun.
Rabu, 04 Rabiul Awal 1442H bersamaan 21 Oktober 2020M
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri hari ini menganjurkan satu taklimat khas menjurus kepada penerapan iman dan amanah bagi pegawai dan kakitangan Jabatan Buruh dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan bertempat di Dewan Tripartite, Jabatan Buruh.
Isnin, 17 Safar 1441 / 05 Oktober 2020
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat mengadakan lawatan tidak berjadual ke Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) dan Jabatan Buruh di Jalan Menteri Besar.
Sabtu, 15 Safar 1442H bersamaan 03 Oktober 2020M.
Jabatan Buruh memaklumkan mengenai pengenalan pengendalian kesalahan-kesalahan yang melanggar peruntukan-peruntukan di bawah Perintah Pekerjaan 2009, dan Syarat-Syarat Lesen Pekerja Asing (LPA) bagi sektor swasta (Syarikat) dan Lesen Pengambilan Dan Penggajian Pekerja Asing (bagi Perkhidmatan Domestik).
Jabatan Buruh seterusnya menjelaskan bahawa denda kompaun akan dikenakan bagi kesalahan pertama dan kesalahan kedua bagi mana-mana majikan yang melanggar Perintah Pekerjaan, 2009 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya manakala bagi kesalahan ketiga tidak akan ditawarkan denda kompaun tetapi akan dihadapkan ke mahkamah bagi tujuan pendakwaan. Setiap kesalahan yang dikenakan denda kompaun adalah tidak melebihi $1,000.00.
Perlaksanaan Denda Kompaun di bawah Perintah Pekerjaan, 2009 ini akan mula dikuatkuasakan bermula hari Khamis, 15 Oktober 2020.
Submit complaints about violations of the laws and regulations enforced by the Department of Labour.