Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS MALAM PENGHARGAAN PEKERJA DAN MAJIKAN CONTOH 2015

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JULAI - Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri hadir selaku Tetamu Kehormat di Majlis Malam Penghargaan Pekerja dan Majikan Contoh 2015 bertempat di Songket Ballroom, 4th Floor, The Rizqun International Hotel. Majlis ini adalah kali kedua dianjurkan oleh Jabatan Buruh, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Di majlis tersebut Yang Berhormat Pehin telah menyampaikan ucapan (sila rujuk teks ucapan) dan seterusnya menyampaikan anugerah-anugerah dan hadiah-hadiah kepada para penerima (sila rujuk senarai penerima).

Majlis Malam Penghargaan ini bertujuan sebagai penyuntik semangat kepada anak-anak tempatan untuk bekerja dengan syarikat-syarikat swasta dan mendorong syarikat-syarikat swasta untuk mengambil dan menggaji anak-anak tempatan. Dengan adanya Majlis Malam Penghargaan ini, ianya boleh memupuk hubungan harmoni di antara majikan, pekerja dan pihak kerajaan. Selain itu, majlis ini adalah untuk memberikan penghargaan kepada majikan dan pekerja atas sumbangan dan khidmat bakti mereka dalam meningkatkan ekonomi Negara Brunei Darussalam.

Sebanyak enam kategori telah dipilih untuk diberikan penghargaan iaitu dari Sektor Pasaraya dan Gedung Perniagaan, Sektor Perkhidmatan Pembersihan, Sektor Restoran, Sektor Automobil, Sektor Perhotelan dan Sektor Perkhidmatan Profesional dan Eksekutif. Satu kategori baru diperkenalkan pada tahun ini iaitu Sektor Perkhidmatan Profesional dan Eksekutif.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Mulia Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap, Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Buruh, majikan-majikan dan pekerja-pekerja. 

Attachments