Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions

Taklimat Pencegahan Rasuah

Selasa, 26 November 2019

Jabatan Buruh, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, telah mengadakan satu sesi taklimat mengenai Pencegahan Rasuah bertempat di bilik Tripartite, Tingkat 1, Ibu Pejabat, Jabatan Buruh.

Taklimat berkenaan merupakan salah satu inisiatif Jabatan dalam memberikan dan menyampaikan maklumat berkaitan pencegahan rasuah. Hadir selaku tetamu ke hormat dalam majlis tersebut, Yang Mulia Muhammad Saufi Bin Haji Ibrahim, Pemangku Pesuruhjaya Buruh.

Turut hadir bersama ialah Yang Mulia Awang Zulhilmi Bin Haji Abidin, Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Buruh (Korporat). Seramai lebih 85 orang pegawai dan kakitangan dari semua bahagian dan cawangan dari Jabatan Buruh hadir bagi sama-sama mendengarkan taklimat berkenaan.

Objektif utama taklimat ini diadakan adalah bagi mendedahkan dan menambah pengetahuan kepada warga Perkhidmatan Awam khususnya warga Jabatan Buruh mengenai rasuah, pencegahannya dan yang berkaitan dengannya. Antara isi kandunagn yang disampaikan dalam taklimat tersebut adalah Ciri-Ciri Rasuah, Punca berlakunya Rasuah, Kesan-Kesan Rasuah dan Amalan Baik: Pengendalian Hadiah Dalam Perkhidmatan Awam.

Taklimat telah disampaikan oleh Yang Mulia Awang Hisham Bin Haji Sulaiman, Bahagian Perhubungan Masyarakat, Pendidikan dan Integriti,Biro Mencegah Rasuah.


Attachments