Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions

Press Release

MAJIKAN DIDAKWA DI MAHKAMAH KERANA MENGGAJI PEKERJA ASING TANPA LESEN

Di Mahkamah Majistret pada hari ini 14hb. Ogos 2017, seorang Majikan Tempatan iaitu Pemilik Syarikat Star Trading Printing Sdn Bhd telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan Mengambil dan Menggaji seorang Pekerja Asing iaitu Norbelita Nelia Gabriel De Guzman (warga Filipina) dari Syarikat Hamidjojo Development Sdn Bhd.

Di bawah BAB 112 PERINTAH PEKERJAAN 2009, tiada sesiapa Majikan boleh dengan mengetahui menggaji mana-mana pekerja Imigran melainkan jika ia telah memperolehi suatu lesen daripada Pesuruhjaya Buruh. 

Dalam kes ini, seorang Majikan Pemilik Syarikat Star Trading Printing Sdn Bhd telah didakwa oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amiriah Binti Haji Ali, dengan 1 tuduhan di bawah BAB tersebut dan telah dijatuhkan denda oleh Majistret, Azrimah Binti Haji Abdul Rahman sebanyak $7,500.00. Majistret Azrimah Binti Haji Abdul Rahman dalam penghakimannya berpuas hati dengan hujahan Timbalan Pendakwa Raya, Amiriah Binti Haji Ali yang berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Pekerja Asing iaitu Norbelita Nelia Gabriel De Guzman bukannya berjawatan akauntan di Hamidjojo Development Sdn Bhd seperti yang didakwa wakil Star Trading And Printing Sdn Bhd, sebaliknya adalah berjawatan Pengurus Eksekutif.

Peguam Leftenan Kolonel (B) Harif Bin Ibrahim yang mewakili Star Trading And Printing Sdn Bhd memohon kepada Mahkamah untuk penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan. Permohonan itu dibenarkan oleh Majistret Azrimah Binti Haji Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Jabatan Buruh menyarankan kepada Majikan-Majikan supaya mendapatkan Lesen Mengambil dan Menggaji Pekerja-Pekerja Asing terlebih dahulu daripada Pesuruhjaya Buruh  bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan tenaga Pekerja Asing di Negara ini. Sebarang maklumat dan pertanyaan mahupun aduan berhubung dengan isu perburuhan, bolehlah menghubungi Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Buruh di talian 2381848.

Attachments