Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions

Bengkel Pencegahan Rasuah

​Khamis, 27 Februari 2020

Jabatan Buruh, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan kerjasama Biro Pencegah Rasuah telah mengadakan Bengkel mengenai Pencegahan Rasuah dan Integriti bertempat di bilik Amal, Tingkat 4, Ibu Pejabat, Jabatan Buruh.

Bengkel tersebut merupakan kesinambungan kepada sesi taklimat yang telah diadakan sebelum ini. Bagi bengkel ini ianya dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. 

Antara objektif bengkel ini diadakan adalah bagi memfokuskan lagi dalam mengenalpasti isu-isu rasuah dan kelemahan urus tadbir yang mungkin wujud dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti jabatan. Ianya jua sebagai salah satu langkah ke arah memperkukuhkan lagi urus tadbir yang baik yang boleh menutup ruang dan peluang rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dalam organisasi.

Bengkel tersebut telah dihadiri oleh seramai 60 orang pegawai dan kakitangan yang terdiri daripada Bahagian Lesen Pekerja Asing, Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang dan Pejabat Buruh Daerah Temburong. Turut Hadir bersama Pemangku Pesuruhjaya Buruh, Muhammad Saufi bin Haji Ibrahim dan juga Timbalan Pesuruhjaya Buruh, Zulhilmi Haji Abidin selaku Pengerusi Bengkel.

Dalam bengkel tersebut, para peserta didedahkan dalam pengetahuan bagi ciri-ciri rasuah dan pencegahannya, kesan-kesan rasuah dan pengukuhan integriti dalam diri seorang penjawat awam dalam pencegahan rasuah. 

Bengkel tersebut telah dikendalikan bersama oleh Ketua Penyiasat Khas, Pengiran Hajah Norutama binti Pengiran Haji Hassan dan Penyiasat Khas Kanan , Yang Mulia Awang Hisham Bin Haji Sulaiman, Bahagian Perhubungan Masyarakat, Pendidikan dan Integriti.


Attachments